Wednesday, 9 August 2017

Kisah Aku dan Cerita Kucing

Assalamualaikum wbt..

Apa kahabar semua? Mesti jawapan kita sihat..betul tak? Tapi tau tak jawapan kita ni sebenarnya menipu? Yeke kita sihat? Are sure? Macam aku selalu sebut kat Eqy..are you sure? Kita sakit tekak..tapi tak serius sangat..so kita pun bantailah cakap sihat..kita ada masalah pasangan..sakit kepala..kita pun cakap sihat..walaupun kepala dah kuar bintang..hehehe..kita lapar..tapi kawan sebut mat..ko sihat ke? kita pun cakap..sihat..padahal perut dah berdondang sayang kat dalam tu..

So..apakah jawapan torbaikk apabila orang tanya..apa khabar? jawapan yang afdal adalah ALHAMDULILLAH.....ingat inilah jawapan dipermulaan..segala syukur bagi Allah..bukan jawab..sihat alhamdulillah..kene alhamdulillah dahulu baru yang lain-lain. Boleh? Sekadar perkongsian aku ye..

Pada ari sabtu yang lepas 5.8.2017, aku gi Surau al-Falah kat Suria Residence. Lama dah aku tak gi surau ni sejak aku pindah, eventho geng-geng jiran lama ajak gi sana, aku menolak...yelah aku tak duduk kat sana lagi.aku segan nak jupe depa2..tapi yang membuatkan aku pergi ke sana sebab..ada program kat surau tu yang mana ada Imam dari Mekah datang ke surau untuk solat magrib, solat hajat dan tazkirah selepas solat. 

Sebenarnya, lepas aku gi umrah kedua tahun 2015, aku teringin nak gi lagi..serius teringin..kalo korang dah gi mekah..korang taulah macam mana kerinduan tu..nantilah aku cite umrah ku ye..aku teringin nak bawak anak aku gi sana..tapi dengan status aku sekarang..mana aku nak cari mahram..betul tak..so..aku doa jelah nak pegi ke sana lagi..

Keajaiban doa..pemakbulan doa..

Allah telah menghantar Imam tu mengimamkan kepada kariah di sini..kalo kita pikir logik eh..dia Imam Mekah..walaupun bukan dari masjidilharam..tapi dia Imam dari Masjid Abas, 2km dari Masjidilharam..sudah 17 tahun menjadi Imam di Malaysia, menjadi Imam bagi pembesar2 di Malaysia, badan-badan Kerajaan..tapi macam mana boleh ditakdirkan oleh Allah SWT untuk hadir di surau Al-Falah ni..surau kecik je..yelah bukan masjid-masjid besar pun..pelikkan..Imam tu pun cakap..Imam rasa pelik juga Imam dapat datang ke Nilai..Imam tak pernah datang Nilai..

Dan yang pasti..mungkin ramai lagi yang mempunyai niat seperti aku..dan Allah telah memakbulkan doa mereka juga..Alhamdulillah..alhamdulillah..syukur pada Allah SWT..oh..nak bagitau yang Imam ni boleh cakap melayu..dan bahasa melayu Imam ni..kebaboom....sangat bagus hokeyy..so..Imam ni yang bagitau apa-apa keadaan kita bila orang tanya..sihat ke..jawapannya adalah..Alhamdulillah..banyak lagi perkongsian dari Imam..nanti aku share-share kat korang sikit demi sikit ye..

Surau Al-Falah banyak sungguh perubahan..setahun lebih tak pegi sana..time aku kuar pun tengah renovate..fuhh..cantik..ada air-cond setiap tempat, karpet cantik..warna tiffany blue koo...kena pulak dengan cat kat dinding..banyak dana surau ni..alhamdulillah dan terima kasih pada penyumbang yang sentiasa berniat untuk memberi kesenangan kepada jemaah yang mengimarahkan rumah Allah..

Kan aku ada cite pasal anak kucing aku mati kene langgar kan...

Aku sampai je kat umah..anak syiti dah ade orang kemaskan..alhamdulillah..terima ksih..hanya Allah yang dapat membalas jasa anda..

Jiran aku sorang sorang mai jupe aku bagitau pasal anak kucing mati..

Masa kejadian tu pagi..masa aku nak hanto Eqy gi sekolah..aku tak sempat nak  bersihkan..so bila aku reverse kete, jiran aku kata..kak..saya sedih tengok syiti kak..dia tunggu je anak dia..emm..pastu dia cakap..kak kucing kalo dia sakit, atau dia sedih ke dia nak bagitau kat kita..oyeke..emm..

Time tu jugak syiti macam bising gan aku..aku bagi makan..syiti pandang aku..pastu mulut dia bising..syiti macam nak borak gan aku..aku pandang syiti..menitik air mata aku..aku bercakap gan syiti..syiti sedih ye..anak syiti mati?..emm..ibu minta maaf ye..ibu letih..sebab malam tu ibu tak bagi makan..mungkin syiti gan anak kuar carik makan..tengah malam tu ada kete tak nampak terlanggar anak syiti..

Apa yang aku belajar pasal syiti ni..syiti ni memang mak yang baik..dia jaga anak-anak dia..kalo aku bagi mak dia tak makan sampai anak dia makan..tu pasal aku tabur je kat simen..biar memanjang..so syiti pun makan sama..ko tak..dia tak makan..anak-anak dia je makan..

Tapi ari ni aku nampak syiti sangat garang..depan aku..aku tabur whiskis..tetiba ada kucing lain datang..pastu syiti marah..marah giler..orang kacau makanan dia..sebelum ni tak pulak dia marah sampai camtu..emm..agaknye sedap sangat kut whiskis tu..hehehe..

******************************************************************************

Zikir kucing..."Ya Rahim...Ya Rahim...Ya Rahim..." 

Bediuzzaman Said Nursi suatu hari terlintas di fikirannya apabila melihat makhluk kecil yang bernama kucing, kenapakah ia dikatakan makhluk yang berkat sedangkan ia tidak melakukan pekerjaan sebagaimana haiwan lain. Kucing hanya bermain, makan dan tidur. Said Nursi sering ditemani oleh tetamu kecil empat ekor kucing semasa dalam buangan.

Tiba-tiba pada suatu malam ketika Said Nursi di pembaringan, datang salah seekor kucing menghampiri bantalnya. Kucing itu menghampirkan mulutnya ke telinga Nursi lalu berzikir secara jelas "Ya Rahim, Ya Rahim, Ya Rahim, Ya Rahim..."

Nursi dapat merasakan seolah-oleh kucing itu sedang menjawab lintasan fikiran beliau yang merendahkan dan menghina keupayaan kelompok kucing. Nursi juga merasakan lafaz zikir "Ya Rahim...Ya Rahim..." yang keluar dari mulut kucing itu seperti suatu tamparan ke wajahnya.

Pada ketika itu terlintas pula di fikiran Nursi, "Agaknya zikir Ya Rahim...Ya Rahim... ini khusus untuk kucing yang seekor ini sahaja iaitu tidak semua kucing berzikir yang sama. Atau adakah zikir "Ya Rahim" ini sememangnya umum untuk seluruh kucing? Nursi tertanya-tanya lagi.

Nursi juga tertanya-tanya adakah zikir kucing ini hanya didengarkan kepada manusia sepertinya yang mempersoalkan dan mempertikaikan tanpa hak? Atau manusia lain yang memerhati dan mengambil perhatian juga akan mendengar zikir "Ya Rahim...Ya Rahim" ini?

Kemudian Nursi terdengar pula kucing-kucing lain mengulang-ulang zikir yang sama seperti kucing tadi "Ya Rahim...Ya Rahim... dengan nada yang berbeza-beza tingi dan rendah. Namun tidak sekuat kucing yang menghampiri telinganya tadi. Semakin lama Nursi mendengar semakin jelas ngiauan kucing-kucing itu menyebut Ya Rahim... Ya Rahim... sehingga zikir itu menjadi semakin lama semakin fasih dan penuh kesedihan tanpa keluar huruf pun.

Ketika mulutnya ditutup juga tetap melantun zikir Ya Rahim Ya Rahim dengan baik sekali. Kucing-kucing itu seperti merayu kepada Tuhannya yang bersifat al-Rahim. Itulah zikir dan munajat kucing.

Nursi menceritakan kepada saudara-saudaranya Tulab Nur, mereka juga cuba memerhatikan kucing dan mereka turut mendengar zikir Ya Rahim yang sama. Ketika itu terlintas di hati Nursi Kenapakah kucing-kucing ini berzikir dengan nada insan dan tidak berzikir dengan nada haiwan?

Nursi kemudiannya mendapat lintasan hati, kerana kucing ini haiwan yang baik, lemah lembut, halus sebagaimana anak-anak kecil. Ia hidup bercampur dan bergaul dengan manusia malah menjadi kawan. Kucing sangat memerlukan kasihan belas dan kasih sayang manusia.

Setelah kucing-kucing itu mendapat kasih sayang dan perhatian daripada tuannya, seperti ia telah mendapat makanan dan bermain ia lantas meninggalkan tuannya tanda bersyukur kepada Tuhan. Ia pergi berehat sendiri dan mengucapkan syukur kepada Tuhannya, tidak terikat kepada sebab sebagimana anjing yang tunduk kepada tuan. Sebab yang Nursi maksudkan di sini ialah manusia yang menyayanginya dan memberinya makan.

Keadaan kucing ini haruslah manusia mengambil pengajaran, supaya tidak terikat dengan sebab sebaliknya menyatakan syukur hanya kepada Tuhan.

Nursi juga menyebut tentang keberkatan kucing, ketika dalam buangan di Barla empat ekor kucing menjadi tetamunya. Keadaan beliau dalam buangan miskin dan makanan juga terhad. Selalunya roti yang sedikit akan habis dalam tempoh sekian-sekian hari, namun apabila beliau berkongsi makan dengan kucing-kucing itu, walaupun di awalnya roti itu kurang dari biasa, namun ia tetap masih banyak berbaki, berkat kucing-kucing tadi.

Lalu Nursi mengingatkan itulah kasihan belas Allah kepada makhluk lemah seperti kucing, berkat melimpah disebabkan kucing. Kalaulah haiwan pun Allah begitu kasih, apatah lagi manusia makhluk yang paling mulia. Apatah lagi sekiranya manusia itu keluarga, dan apatah lagi sekiranya keluarga yang lemah itu ibu bapa kita yang tua dan telah berkorban untuk anak-anak suatu masa dahulu. Nursi berpesan supaya kiaskan juga sekiranya di rumah kita ada anak-anak yatim, anak-anak cacat dan tidak upaya. Keberkatan akan melimpah dengan adanya makhluk lemah di dalam rumah kita.

Rujukan: Rasail Nur: Al-Kalimat 24 dan al-Maktubat 21.

 Image result for quote tentang kucing


Monday, 7 August 2017

Hari Kucing 8.8.2017

Assalamualaikum wbt..

Kejadian masa nak hantar bos kecik ke sekolah

Eqy : Ibu..sini..sini ibu..
Aku : Nape?
Eqy : Anak syiti ibu..
Aku : Ya Allah...anak syiti..mati kene langgar..

Masuk kete..airmata Eqy bercucuran..Ya Allah..aku pegang tangan Eqy...sabar ye Eqy..Allah lebih sayangkan anak Syiti..

Bila bukak radio IKIM fm..penyampai radio cite pulak yang ari ni adalah Hari Kucing tak taulah sedunia ke atau peringkat Kebangsaan ke..lambat catch up..hehehe..lagilah sedih anak aku..tambah lak topik pagi ni nama kucing pertama anda..

Anak ibu...ibu tau Eqy sayang sangat dekat Syiti gan anak-anak Syiti..kita dah buat yang terbaik nak..kita dah jaga amanah yang Allah bagi kat kita..tapi bila dah tiba saatnya..tu di luar kemampuan kita..

Dahlah ari ni aku bagi Eqy duit belanja kurang dari sepatutnya sebab aku tak kuarkan duit dari ATM semalam..emm..semoga Eqy tabah..maafkan ibu ye..

Sunday, 6 August 2017

Tuntut Ilmu..upgrade minda

Assalamualaikum wbt..

Aku macam nak berblog aa ari ni..maybe sebab perasaan aku ari ni bercampur baur..happy..not really..hahaha..tawar..emm..maybe..sedih..70% definitely..30% lagi..stronger?..might be..ahaks..

Okey..lets begin..

Apa dia rukun iman ke 6? Percaya pada qada dan qadar.. everybody knows what.. some more..apa dia rukun iman yang pertama? Percaya pada Allah SWT..so..untuk menjadi seorang yang beriman kita kene tau rukun iman yang pertama..tanam dan pasak sekukuh-kukuhnya percaya pada Allah..yang ni formulanya jelas..Allah suruh taat..ko kene taat pada perintahNya..Allah suruh tinggalkan laranganNya...kita kene tinggalkan..dont asking kenapa tak boleh buat benda ni..kenapa tak boleh buat benda tu..kata percaya pada Allah..so buat ajelah apa yang Allah suruh..simple..

Jadi kalo kita dah percaya pada Allah..kenapa kita question pada takdir Allah..pada qada dan qadar Allah..

1. Kenapa ko tak beranak lagi..keturunan kita subur-subur..ko tak berubat ke?
Itu biasa..ayat-ayat biasa aku dapat..ye aku mengaku keturunan kita subur-subur termasuk sedara2 aku yang bertanya..memula memang nak je jawab..sapa kahwin tak nak ada anak? Semua nak ..tapi kalo Allah tak izinkan, belum tiba lagi nak bagi..takkan aku nak salahkan Allah pulak..tolonglah yang menanya soklan..pikir dulu sebelum tanya boleh? Janganlah menampakkan kebodohan diri tu menanya soklan2 di luar akal logik manusia..Tak berubat? Hello..kalo dikumpul..dah boleh buat beli kereta Axia cash tau..so..orang yang subur2..jagalah amanah yang Allah bagi..didik dengan sempurna..and please..jangan dihina orang yang "kurang subur". Dan sekarang ramai dah sedara2 kita yang tak de anak..so..jangan nak berbangga sangatlah dengan keturunan kita yang tak ke mana ni..

2.  Kenapa rumahtangga ko jadik camni? Ko tak pandai jaga suami..
Ada sorang cerdik pandai mengatakan keruntuhan rumahtangga adalah kerana kesalahan memilih suami..falsafah apa yang dia cakap ni? pada saat ko memilih dia menjadi suami/isteri ko..waktu itu dia adalah yang terbaik untuk ko..betul? Ingat pilih suami main cincai-cincai je ke? Mestilah persetujuan kedua belah kuarga..istikharahnya..barulah decide untuk penyatuan dua jiwa..Tapi jika sudah berusaha sebaiknya..dan jodoh yang Allah tetapkan sampai situ je..siapa kita untuk menidakkan pengakhiran jodoh tersebut? Terimalah ketentuan ini..moga-moga mendapat jodoh lain yang lebih baik dari yang sekarang. Percaya pada Allah..dan percayalah pada qada dan qadarNya.

3.  Sampai hati suami saya buat saya macam ni..
Sudah..sudahlah..suami /isteri tu bukan hak milik kekal kita..mentang-mentang kita dah kahwin dengan dia..so..dialah kita punya..bukan..bukan..kita ni semua sapa yang punya? Allah yang punya..jadi suami/isteri kita pun kepunyaan Allah..Dia bagi pinjaman je..Kalo Allah bagi pinjam sampai akhir hayat..Alhamdulillah..jika Dia nak tarik..bebila je Dia boleh..fahami konsep redha..redha..redha..dan jika waktu bercinta nikmat kahwin best jee..nape tetibe perasaan berubah? Penyebabnya memang banyak..tapi sedarilah sebab utama ialah Allah telah menarik nikmat sayang tu..mungkin selama ini kita leka..mungkin selama ini kita curahkan kasih sayang yang melampau sesama insan..

4.  Suami saya kahwin lagi..
Emm..sedih..yes..ditipu..of kos..sudah..sudahlah..wake up gaiss..u have 3 choices (1) Cerai..(2) Redha (3) Redha and upgrade..belajar..belajar untuk redha..jangan melawan poligami sebab itu syariat..melawan hukum Allah bermakna melawan apa yang telah diperintahkan..ingat rukun yang pertama ..percaya pada Allah..

Alah..mesti korang cakap..ko gebang je..insyaAllah..hal-hal yang melibatkan kerohanian penyakit hati boleh diubati dengan memperbanyakkan doa..dan mempertingkatkan ilmu..carilah ilmu..insyaAllah ko boleh..jadi kuat..jadi tenang..

Apa nikmat syurga dunia? Duit yang banyak? Isteri yang cantik? Harta betengkek-tengkek?..Nikmat syurga yang sebenarnya adalah apabila kita memiliki jiwa yang tenang..jawapannya jiwa yang tenang..kita ingat kalo kita ada duit yang banyak kita tenang? Ramai je yang duit banyak tapi kene beli ubat penenang, tido tak lena.. tapi kita makan roti canai je..teh tarik..tidur lena jee..betul tak?..

Kesimpulannya...tuntutlah ilmu..bertanya dengan bijaksana..jangan bertanya macam orang tak pernah baca buku..

Aku minta maaf kalo penulisan aku ni membuat korang tersentap. Maaf..dan..

Aku cuba untuk menjadi yang terbaik..untuk memberi manafaat kepada kawan-kawan yang aku sayang..tapi..andainya..ada di antara korang yang membenci aku..HATE me..emm..nothing can say except..forgive me...


Tuesday, 1 August 2017

Ketika ini..

Assalamualaikum wbt..

Lama rasenye tak menulis. Since opis aku tgh set up internet wifi network segala baiklah aku menulis ni hah..

Dah seminggu rupenye berlalu..

30 Syawal...
Lepas imam kat opis aku nihah abis solat asar..tetibe je..aku ternangis kuat. Sampai yg dok sebelah sebelah pun dengar..masing2 sebak..ade yg urut belakang aku..sama2 menitik airmata..berakhirlah masa yang ditunggu..

Aku mengaku aku takut..nak hadapi masa esok..aku manusia biasa..perasaan takut tetap ada..risau..ntahlah..

1 Zulkaedah
Ye..permulaan hidup baru..aku kena tabah...aku kena kuat...takde sape yang boleh tolong aku kecuali Allah..aku tak boleh lemah..
Tipulah kalo aku kata aku tak sedih..sedih wei..cuma iyelah..aku tahan jelah..
Mak aku. adik beradik aku..kawan kawan tanya aku camne.aku senyum je..insyaAllah..insyaAllah..Allah ada..cukup..

Dan setelah seminggu berlalu..aku camnilah..takkan nak meratap hiba..

Aku ada tertengok rancangan arab kat tv alhijrah..lupalah program ape..tapi aku follow program dia ni..pengacara tu kata..orang Islam tak boleh besedih lebih dari 2 ari..sedih 2 ari is normal..but jangan berlebih lebihan..Allah tak suka..Allah tak suka hambaNya lemah..

Aku sentiasa fikir positif..tuk pujuk hati aku..yelah aku baru kehilanggan arwah acik minggu sebelumnya..orang yang sangat aku rapat dari aku kecik sampai sekarang..seorang pemberi semangat..motivasi..sahabat borak..pergi mengadap illahi..dan minggu tu pulak kes aku nihah..berturut turut..cuma yelah Allah takkan uji aku kalau aku tak mampu..betul tak..

Kawan kawan banyak bagi support..ramai yang cakap..kalo kene kat kitalah..tak daya nak harung..daya tak daya kene jugak tempuhinye..

Ada sorang kakak kat opis aku sampai bagi aku buah zuriat..usaha naa..katanye..sedihnye..terima kasih kak..walaupun minum air buah zuriat bukan dan dan tu dpt..terharu sungguh aku..

Kepada kawan kawan yang aku sayang..terima kasih di atas perhatian korang..insyaAllah aku oke..aku juga mohon ampun dan maaf..yelah kekadang kite rasa kite betul..rupenye di pihak sana rase kite salah..maafkan ye..

Hanya satu yg dipinta...aku mohon doakan aku..agar aku dapat hidup bahagia dunia akhirat kerana Allah..semoga ujian ini merupakan hadiah terbaik yang Allah bagi padaku untuk aku mendapat yang lebih baik. InsyaAllah..

Hasbunallah waknilmalwakil..cukuplah Allah bagiku..

#semuasayasayang
#semogasayadanawaktabah
#sayasayangawakkeranaallah
#kenangan21tahun