Sunday, 29 April 2018

Rajuk..Dah dah la tu..

Assalamualaikum wbt

Lamanye tak menulis ek..bukan taknak cuma penyakit M..tapi ari ni terasa nak menulis. Tak tau nape..mungkin orang tak ramai..ramai amik cuti tersepit..yelah besokkan 1 Mei..hari pekerja..aku cam nak amik..tak nak..nak..last-last aku keje jelah..bagilah peluang kat orang nak bercoti..cuti akupun bukan banyak lagi pun 21 hari jee..hahaha..giler tak banyak..

Aku ni sebenarnya dah lama tak merajuk..huhu..kekalau aku merajuk pun aku yang pujuk diri aku sendiri..sape nak pujuk..daripada aku biar diri aku sakit..baik aku redho jela and bagi kemaafan pada orang-orang tu..

Masa bercinta..ade tak ek aku merajuk? Emm..sebenarnye susah jugak aku nak merajuk ni..tapi sekarang aku mengalami situasi yang mana ada orang merajuk..comel jugak orang merajuk ni..hahaha..

Kekadang aku rase..takkan hal camni pun nak merajuk..hal yang bagi aku sangat kelakar kut..
-   nape tak angkat kol? 
-   nape tak balas wsap?
-   taknaklah kol sebab tak nak angkat ponnn...
-   diam je..tak suke takpelah..

Hal-hal camni pun nak merajuk..sebenarnya die nak ape? Sebenarnye aku ke yang tak peka?

So aku pun gugellah tuk mencarik jawapan.


9 Perkara Yang Lelaki Mahukan Tetapi Mereka Shhh


9 Perkara Yang Lelaki Mahukan Tetapi Mereka Shhh
Sudah terang lagi bersuluh, jika hendak dibandingkan antara wanita dan lelaki, kita-kita ini jauh lebih gemar berterus-terang. Para lelaki selalunya pilih untuk memendam dari mengungkapkan kemahuan mereka yang…   

Ada kemungkinan juga pasangan mahu menjaga hati kita, al-maklumlah, kita ni kan sensitif orangnya. Cakap sikit melenting, cakap sikit terasa hati, cakap sikit “hantar saya balik rumah mak!”. Tu yang kaum adam lebih rela simpan dari cuba menimbulkan pertengkaran yang tidak masuk akal.
Oleh itu, apa salahnya jika kita ambil masa untuk relaks, hela nafas panjang, fikirkan apa yang sebaiknya untuk pasangan. Mereka juga punya perasaan dan ingin dimanja.
Antara kehendak mereka yang diselindung:-

#1 Rasa Hormat
Wanita diibaratkan tulang rusuk laki-laki. Kaum adam itu wali dan imam. Ertinya, gelaran mereka adalah lebih tinggi daripada kita si wanita ni. Mereka sering butuhkan rasa hormat daripada seorang wanita. Bukan sebagai hamba tetapi sekadar individu yang benar memahami si dia. Mereka mahukan rasa hormat tetapi mereka tidak memintanya daripada kita. Bertolak-ansurlah. Hormat disini bermaksud dari segi jolokkan idea, fikiran, tingkah-laku dan perasaan yang mulia kita terhadap si dia. Anggap si dia penting dan tonjolkan melalui perbuatan anda.

#2 Kekaguman
Dah kata tadi, mereka juga ingin rasa disayangi dan dimanja. Walau sekasanova mana pun sifat mereka, sesado mana pun badan mereka, ya! Mereka masih mahu dibelai. Cuba susun ayat dan khabarkan ayat puitis manis anda pada dirinya seikhlas hati. Nyatakan kekaguman anda pada dirinya sebagai token apresiasi. Jangan tidak ikhlas pula. Mereka kadang-kala mempunyai deria yang dapat menghidu ketidak-ikhlasan hati anda. Jaga-jaga.

#3 Wanita Sebagai Peneman
Lelaki gemar berdampingan bersama wanita yang dicintainya. Dia mungkin mahu anda menemannya pergi melakukan aktiviti kegemaran seperti perlawanan persahabatan futsal, bina badan di gim, berjoging, menonton filem aksi dan sebagainya. Tunjuk yang anda sentiasa menyokong minatnya dari belakang. Dia pasti berterima kasih kepada anda kerana sentiasa menjadi “cheerleader” yang sejati.

#4 Mahukan Bidadari
Seperti wanita, lelaki juga suka yang cantik-cantik. Oh tidak, maksud bidadari disini bukanlah meminta anda untuk menjadi sempurna dari segala segi. Maksudnya disini, silalah anda cari masa dan letak sedikit usaha untuk kelihatan kemas dan cantik untuk pasangan. Bukan untuk orang lain, ianya khas untuk dilihat pasangan anda. Tak minta untuk anda menjadi seorang supermodel. Cukuplah sekadar memakai pakaian yang sedap mata memandang, kebersihan diri yang rapi dan berbau harum. Dia pasti kagum dengan usaha anda untuk menambat hatinya.

#5 Bercakap Dalam Kadar Nada Lemah Lembut
Kalau tengok cerita klasik dulu-dulu, bukan main lagi semua perempuan bertutur dengan cara hemah dan lemah-lembut. Seolah bercakap dalam selimut. Zaman sekarang ni, nak jumpa seorang perempuan yang lemah-lembut je pun susah. Semuanya jenis cakap dari 10 batu dah dengar.
Ha, yang ada pasangan tu, jangan lah buat si dia macam kawan-kawan anda pula. Berkata-katalah dalam kadar yang lemah-lembut, sopan-santun. Tidak dinafikan, lelaki tidak suka perempuan yang plastik atau buat-buat. Kita jadi diri kita, tetapi apabila berkomunikasi atau bertindak dengannya, cuba anggap diri kita ni ibarat perempuan melayu terakhir. Okay? Kajian membuktikan seseorang akan bertindak balas lebih baik kepada lawannya apabila mereka berkata-kata dengan tona suara yang lebih lembut.

#6 Galakan
Lelaki suka mendapat galakan, lebih-lebih lagi daripada orang yang disayanginya. Terasa lebih bermotivasi! Jika mereka berada dalam situasi yang genting atau sedang bersedih, cuba beri mereka semangat dan galakan. Kepercayaan anda terhadap dirinya adalah mustahak. Mereka fikir, jika anda meletakkan kepercayaan terhadap diri mereka, mereka pasti boleh menghadapi apa sahaja cabaran. Ingat, kita adalah “cheerleader” mereka!

#7 Penghargaan
Lelaki ingin dihargai. Ucapan terima kasih yang ringkas disertai senyuman manis daripada anda sudah cukup untuk buat hatinya girang. Walaupun dia cuma menolong anda memegang beg tangan sementara anda pergi ke tandas pusat membeli-belah atau tolong membukakan pintu kereta untuk anda, ucaplah terima kasih. Penghargaan dapat menimbulkan rasa cinta daripada anda terhadapnya. Lihatlah, dia pasti tidak jemu untuk membantu anda lagi lain kali melihatkan sifat anda yang sering menghargainya.

#8 Beri Ruang
Mereka sememangnya seorang yang gagah. Tetapi kadang-kala berilah mereka masa untuk lakukan kehendak diri mereka. Beri dia masa untuk lepak bersama kawan-kawannya atau habiskan masa untuk dirinya sendiri. Jangan anda kongkong hidup mereka. Itu mengundang kecelakaan namanya. Lelaki tidak suka dikongkong, begitu juga anda kan?

#9 Diperlukan
Lelaki sudah sedia tahu yang anda mahukan dirinya, tetapi apa salahnya jika anda tunjukkan! Lelaki mahu rasa diperlukan. Jika dia tidak rasa dirinya diperlukan oleh anda, ini boleh mengganggu-gugat keyakinan dirinya. Romantis dengan dirinya dan buat dia rasa yang anda begitu teruja dan rasa beruntung untuk mendapatkannya dalam hidup anda!

Ade banyak lagi..cuma ni jelah yang aku copy..so kesimpulannya...nantilah nantilah..aku bukan romantik bagai pun..nasiblah sape dapat aku..haha..nak romantik pas kahwin aaa..baru bestt..

Kepada Awak..Dah dahla tu merajuknye..

Saturday, 24 March 2018

Aku..

Kekadang aku rase hidup aku nasib baik je..dari kecik aku bukan pandai pun..tapi sebab aku nak rase cmne sekolah perempuan..yela kt kl kalo sekolah girls school kan cam sekolah elit..alhamdulillah aku dapat..pastu masa menengah..aku bukan top scorer..aku ni pelajar yang biase2 je..alhamdulillah dapat sambung belajar kat itm. Dalam banyak2 itm at tat time..itm aku no.2..no.1..ofcosla s.alam..dah induk die..

Masa belajar pulak aku pun bukannya pandai mana pun..cuma aku belajar..dapatla diploma..abis diploma sambung pulak kat s.alam..pun rase cam senang je dapat sambung kat s.alam..patutnye x dapat sbb da sambung kat utara..so kenela pilih yang kat utara gak..x kisahla mana asal utara..tapi aku dapat s.alam..so senang nak balik..
Umur aku 17 tahun aku dah ade bf..aku bukan nak cakap aku laku ke hape..tak..dan perchentaan tu sampaila aku kawin umur 25tahun..ade org putus bekali..jupe orang lain..halangan orang tualah..aku cam takde pape..okelah kawin..kawin pun aku rase bahagia jee..yelah ko kawin gn org yang ko suka..susah payah pun still boleh hadap.
Abis final exam aku terus dapat keje..kerani akaun..pastu akaun executive..kire masa aku konvo aku da dapat keje..org lain yang top scorer..yg three pointer pun tak keje lagi..eh..ramaila yang tak keje lagi..

Aku keje..tapi aku teringin nak keje petronas..sape tak nak keje petronas..bangga kut dapat keje kat mercu tanda kebanggaan Malaysia..ye tak..selalu aku pikir camne nak lalu jambatan kat klcc tu..rupenye floor 41 adalah tuk staff floor 42 tuk orang awam..
tak penah aku lalu kat bridge tu..satu hari lif klcc rosak..nak tak nak aku tepakse lalu gak sebab nak pegi tower 2..aku rase..awat panjang noo bridge ni..nak tecabut kaki aku gigil punye pasal..aku tengok ade orang lepak lepak hisap rokok kat situ..dah pastu aku kene patah balik ke tower 1 guna bridge yang sama..yelah mane bridge lagi yang ade..

Lepas tu aku pun resign..kire dah tecapai la aku nak keje petronas..
Nampak cam senang je hidup aku kan..ade rumah..ade kete..

Pastu aku teringin nak keje govt..sape tak nak..isi borang tu isi borang ni..tak gak dapat..tapi aku akhirnye dapat gak keje govt..tapi dengan kerajaan negeri negeri sembilan..
Aku ingat bile dah bersama..maknanye kasih sayang tu sampaila syurga..tapi tu la kite hanye merancang..Allah yang memegang hati manusia..diuji kerana aku hambaNya..namun aku bersyukur walaupun begitu kesudahan kisah kami..namun dipermudahkan..gaduh2..takde..yang penting urusan anak didahulukan..aku pun semakin tenang dan boolat..haha..boolat sebab tiada apa yang dirunsingkan..

Nampak mudah hidup aku kan..namun sebenarnye aku kurang kasih sayang..aku perasan aku kurang dapat kasih sayang seorang mak..mungkin sebab aku sulong..maka aku dah terbiase berdikari..mak punye tanggungjawab lain tuk membesarkan adik adik yang lain..sehinggalah aku dewasa..kekadang aku terase dipinggir..sebagai anak aku cube yang terbaik tuk menjadi anak yang baik..tapi.. tahlah..aku banyak terase..
aku pun dah tua..nak terase2 kenapa..

Jadi kepada mereka2 yang dipilih oleh orang tua tuk duduk bersama..ambil kesempatan yang diberi tuk terus berbakti kepada orang tua..jangan anggap mereka beban sebab bukan semua yang merasa nikmat pahala yang Allah berikan..anda dipilih dan terpilih...sesungguhnye anda seorang yang bertuah!!

Aku...yang masih mengharap..

Saturday, 10 March 2018

Siapalah aku

Assalamualaikum

Diduga dikala ko dah membuat segala perancangan. Diduga dikala tak terduga..no preparation at all..sedih..pedih..tuhan saje yang tahu..nak minta tolong sape? mak abah? aku baru je bagi..takkan nak minta balik..malu..adik beradik? x boleh..masing2 pun ade komitmen kuarga..lagipun aku malu..

Aku tak tau nak buat ape..aku lalu depan masjid masa nk beli teh ais viral..aku kuarkn duit yg ade dua ringgit. Aku niat ni tuk abah singgit tuk mak singgit...sekiranya ada kebaikan ko terimalah ya Allah..memang masa tu aku pun da berminggu tak jumpa parent aku. Atuk sakit..mak abah boleh kata tiap minggu balik Batu Pahat.

Aku masih bertahan..sampailah satu ketika aku dah tak boleh tahan..aku pun cakap gn abah mintak tolong transfer duit  dengan no. acc sekali. Memang dah tak malu dah..aku ckp nk pinjam 50.

Tapi berapa aku dapat...aku dapat 200 dari abah..menitik airmata aku..baru aku teringat yang aku ade masukkn duit dalam tabung masjid 2 ringgit..berapa Allah balas?
 
Allah tidak pernah memungkiri janji..setiap yang kite sedekah..akan dibalas 10x ganda..Alhamdulillah syukur..aku cakap kt abah aku byr balik. Abah baca tapi tak balas..aku tau x bayar pun takpe..tapi tak syoklah kan..

Aku baru ni dapat satu ilmu..iaitu orang yang bersolat dengan orang yang bersolat di awal waktu..perumpaannya adalah seperti langit dan bumi..

Kekadang ade solat tapi masih susah..sebabnye die memang solat..tapi adakah die bersolat di awal waktu?
Aku try tuk solat di awal waktu..ye aku ngaku baru try..ustaz cakap jaga hak Allah..pasti Allah jaga kite..

Betul aku akui..banyak benda yang aku tak jangka..terjadi..mana aku nk carik duit bayar tu bayar ni..Allah bagi hadiah kat aku beberapa k tuk setel kan hal tu..aku ingat dah xdelah..tapi rupenye ade lagi yang tak setel..duit dah abis..

Masalah aku besar tak? mungkin bagi orang yang sentiasa ade duit..tak besar mana..tapi aku yang biase2 ni..mana nak carik...

Masalah aku besar..tapi Allah maha besar..jika ade masalah..fine kalo bersedih..tapi jangan lama sangat..masalah besar..serabut kepala ko..tapi ingat Allah lagi besar dari masalah ko..

Bentangkan sejadah..solat dan merintih merayulah padaNya..solat di awal waktu..dahulukan Allah..pasti Allah jaga kite..

Alhamdulillah..aku dapat lagi beberapa k tuk setelkan hutang..yang mana aku sendiri tak jangka dapat..

Terima kasih ya Allah..


Monday, 5 March 2018

Aku letih

Aku letih kaver koo jee..aku ingat pas ape yg tejadi ko berubah..dah byk dah aku kurang..dah terlalu byk weii..ade aku mintak?..aku nak aku usaha..aku takde nyusahkan org..aku geram aaa..bln ni je dah lebih ...k aku cover..ko nk suh aku cover lg ....k..abih aku x yh makan..aku x yh isi minyak..ko cite masalah ko jee..pastu marah2..aku mmg x pndai marah..aku diam..tapi aku rase dah too much...insyaAllah..aku carik lg ...k..tp pas ni dah..aku malas nk layan..segala hutang hutang ko sendiri jawab gn Allah..ko nk tau org doa org yg teraniaya xde hijab..ko bangga tunjuk segala aktiviti ko tp hutang ko buat bodoh je kan..sampai satu tahap aku dah letih..aku letih..aku letih..dan bila aku dah sampai tahap ni..aku dah usaha..aku dah ikhtiar..now..aku serahkan padaNya..

jangan cakap aku tak cakap
jangan cakap aku tak ingatkan
jangan cakap aku tak payung
aku letih dah..
aku penat..
banyak lagi aku nk pikir..
pas ni dah..over..

Wednesday, 31 January 2018

Lamanya...

Assalamualaikum

Hohoho..lamanya taaak menulis..
Bukan tak nak..tapi kesibukan yang melanda..
Nanti ye..aku update..borak-borak..huhu..
Nak dengar?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUwgonZ1sdQ-fBzps0JitWD4puMdwgAI67emk9ROeXPcYsZFP-GNxsGleorMQ1iAb3Gk7Sa4eUcyGJSbaalaeKjNpQkTRD3YoSKCW7KXTOA34PVQz5HscmT0eYzuVx5u3oWYBsvXnZ1hmZ/s1600/woman.png

Of coz tis young girl is not me..hahaha..

But to get spirit from her..see how serious she is..

More or less..like me..

Kalaulah aku pakai niqab..agak-agak mata aku cam ni tak..hahaha..

Orang pakai niqab sebab agama..bukan nak tunjuk mata cantiklah..bengong..