Lamanye tak menulis ek..bukan taknak cuma penyakit M..tapi ari ni terasa nak menulis. Tak tau nape..mungkin orang tak ramai..ramai amik cuti tersepit..yelah besokkan 1 Mei..hari pekerja..aku cam nak amik..tak nak..nak..last-last aku keje jelah..bagilah peluang kat orang nak bercoti..cuti akupun bukan banyak lagi pun 21 hari jee..hahaha..giler tak banyak..
Aku ni sebenarnya dah lama tak merajuk..huhu..kekalau aku merajuk pun aku yang pujuk diri aku sendiri..sape nak pujuk..daripada aku biar diri aku sakit..baik aku redho jela and bagi kemaafan pada orang-orang tu..
Masa bercinta..ade tak ek aku merajuk? Emm..sebenarnye susah jugak aku nak merajuk ni..tapi sekarang aku mengalami situasi yang mana ada orang merajuk..comel jugak orang merajuk ni..hahaha..
Kekadang aku rase..takkan hal camni pun nak merajuk..hal yang bagi aku sangat kelakar kut..
- nape tak angkat kol?
- nape tak balas wsap?
- taknaklah kol sebab tak nak angkat ponnn...
- diam je..tak suke takpelah..
Hal-hal camni pun nak merajuk..sebenarnya die nak ape? Sebenarnye aku ke yang tak peka?
So aku pun gugellah tuk mencarik jawapan.
9 Perkara Yang Lelaki Mahukan Tetapi Mereka Shhh

Sudah terang lagi bersuluh, jika
hendak dibandingkan antara wanita dan lelaki, kita-kita ini jauh lebih
gemar berterus-terang. Para lelaki selalunya pilih untuk memendam dari
mengungkapkan kemahuan mereka yang…
Ada kemungkinan juga pasangan mahu
menjaga hati kita, al-maklumlah, kita ni kan sensitif orangnya. Cakap
sikit melenting, cakap sikit terasa hati, cakap sikit “hantar saya balik
rumah mak!”. Tu yang kaum adam lebih rela simpan dari cuba menimbulkan
pertengkaran yang tidak masuk akal.
Oleh itu, apa salahnya jika kita ambil
masa untuk relaks, hela nafas panjang, fikirkan apa yang sebaiknya untuk
pasangan. Mereka juga punya perasaan dan ingin dimanja.
Antara kehendak mereka yang diselindung:-
#1 Rasa Hormat
Wanita diibaratkan tulang rusuk
laki-laki. Kaum adam itu wali dan imam. Ertinya, gelaran mereka adalah
lebih tinggi daripada kita si wanita ni. Mereka sering butuhkan rasa
hormat daripada seorang wanita. Bukan sebagai hamba tetapi sekadar
individu yang benar memahami si dia. Mereka mahukan rasa hormat tetapi
mereka tidak memintanya daripada kita. Bertolak-ansurlah. Hormat disini
bermaksud dari segi jolokkan idea, fikiran, tingkah-laku dan perasaan
yang mulia kita terhadap si dia. Anggap si dia penting dan tonjolkan
melalui perbuatan anda.
#2 Kekaguman
Dah kata tadi, mereka juga ingin rasa
disayangi dan dimanja. Walau sekasanova mana pun sifat mereka, sesado
mana pun badan mereka, ya! Mereka masih mahu dibelai. Cuba susun ayat
dan khabarkan ayat puitis manis anda pada dirinya seikhlas hati.
Nyatakan kekaguman anda pada dirinya sebagai token apresiasi. Jangan
tidak ikhlas pula. Mereka kadang-kala mempunyai deria yang dapat
menghidu ketidak-ikhlasan hati anda. Jaga-jaga.
#3 Wanita Sebagai Peneman
Lelaki gemar berdampingan bersama wanita
yang dicintainya. Dia mungkin mahu anda menemannya pergi melakukan
aktiviti kegemaran seperti perlawanan persahabatan futsal, bina badan di
gim, berjoging, menonton filem aksi dan sebagainya. Tunjuk yang anda
sentiasa menyokong minatnya dari belakang. Dia pasti berterima kasih
kepada anda kerana sentiasa menjadi “cheerleader” yang sejati.
#4 Mahukan Bidadari
Seperti wanita, lelaki juga suka yang
cantik-cantik. Oh tidak, maksud bidadari disini bukanlah meminta anda
untuk menjadi sempurna dari segala segi. Maksudnya disini, silalah anda
cari masa dan letak sedikit usaha untuk kelihatan kemas dan cantik untuk
pasangan. Bukan untuk orang lain, ianya khas untuk dilihat pasangan
anda. Tak minta untuk anda menjadi seorang supermodel. Cukuplah sekadar
memakai pakaian yang sedap mata memandang, kebersihan diri yang rapi dan
berbau harum. Dia pasti kagum dengan usaha anda untuk menambat hatinya.
#5 Bercakap Dalam Kadar Nada Lemah Lembut
Kalau tengok cerita klasik dulu-dulu,
bukan main lagi semua perempuan bertutur dengan cara hemah
dan lemah-lembut. Seolah bercakap dalam selimut. Zaman sekarang ni, nak
jumpa seorang perempuan yang lemah-lembut je pun susah. Semuanya jenis
cakap dari 10 batu dah dengar.
Ha, yang ada pasangan tu, jangan lah
buat si dia macam kawan-kawan anda pula. Berkata-katalah dalam kadar
yang lemah-lembut, sopan-santun. Tidak dinafikan, lelaki tidak suka
perempuan yang plastik atau buat-buat. Kita jadi diri kita, tetapi
apabila berkomunikasi atau bertindak dengannya, cuba anggap diri kita ni
ibarat perempuan melayu terakhir. Okay? Kajian membuktikan seseorang
akan bertindak balas lebih baik kepada lawannya apabila mereka
berkata-kata dengan tona suara yang lebih lembut.
#6 Galakan
Lelaki suka mendapat galakan,
lebih-lebih lagi daripada orang yang disayanginya. Terasa lebih
bermotivasi! Jika mereka berada dalam situasi yang genting atau sedang
bersedih, cuba beri mereka semangat dan galakan. Kepercayaan anda
terhadap dirinya adalah mustahak. Mereka fikir, jika anda meletakkan
kepercayaan terhadap diri mereka, mereka pasti boleh menghadapi apa
sahaja cabaran. Ingat, kita adalah “cheerleader” mereka!
#7 Penghargaan
Lelaki ingin dihargai. Ucapan terima
kasih yang ringkas disertai senyuman manis daripada anda sudah cukup
untuk buat hatinya girang. Walaupun dia cuma menolong anda memegang beg
tangan sementara anda pergi ke tandas pusat membeli-belah atau tolong
membukakan pintu kereta untuk anda, ucaplah terima kasih. Penghargaan
dapat menimbulkan rasa cinta daripada anda terhadapnya. Lihatlah, dia
pasti tidak jemu untuk membantu anda lagi lain kali melihatkan sifat
anda yang sering menghargainya.
#8 Beri Ruang
Mereka sememangnya seorang yang gagah.
Tetapi kadang-kala berilah mereka masa untuk lakukan kehendak diri
mereka. Beri dia masa untuk lepak bersama kawan-kawannya atau habiskan
masa untuk dirinya sendiri. Jangan anda kongkong hidup mereka. Itu
mengundang kecelakaan namanya. Lelaki tidak suka dikongkong, begitu juga
anda kan?
#9 Diperlukan
Lelaki sudah sedia tahu yang
anda mahukan dirinya, tetapi apa salahnya jika anda tunjukkan! Lelaki
mahu rasa diperlukan. Jika dia tidak rasa dirinya diperlukan oleh anda,
ini boleh mengganggu-gugat keyakinan dirinya. Romantis dengan dirinya
dan buat dia rasa yang anda begitu teruja dan rasa beruntung untuk
mendapatkannya dalam hidup anda!
Ade banyak lagi..cuma ni jelah yang aku copy..so kesimpulannya...nantilah nantilah..aku bukan romantik bagai pun..nasiblah sape dapat aku..haha..nak romantik pas kahwin aaa..baru bestt..
Kepada Awak..Dah dahla tu merajuknye..