Wednesday, 19 April 2017

Borang cukai

Assalamualaikum wbt..

Korang dah submit Borang BE cukai taksiran 2016. Aku dah..hahaha..eksyen kan..Aku submit 17.03.2017 tapi sampai sekarang tak dapat refund from LHDN. Ala..bukan banyak pun..RM260.00 je..but still money what..dah tongah den sosak nia...

Last year aku dapat RM1.3k jugak. First time buat dapat tu..sukaa aa.. banyak dapat pun sebab interest rumah Suria aku claim. Alhamdulillah..

Orang cakap dapat 2 minggu dah refund aku tunggu tunggu tak gak dapat. So ari ni aku beranikan diri tuk kol LHDN Seremban...

Aku     : Puan saya nak tanya refund saya kenapa tak masuk lagi

LHDN : Saya tengok dari sistem puan ada hutang tertunggak dengan LHDN. Sistem kami tak match.
              Kami terima dari puan RM993 sahaja tetapi puan declare RM1,349.00. So perbezaan tu
              kami tolak untuk samakan dengan ledgar kami. So puan masih berhutang RM91 lagi dengan
              kami..

Aku      : Maksud puan, puan kontra dengan akaun saya lah..

Emm...nasib baik aku faham ape yang dia kate..  kalo dia kata pemalsuan dokumen..hah..camne tu...but.....

Main kontra kontra je korang eh..aduhai...at least you should notify me by email or whatever medium or channel before you need to contra with my accounts...should get my consent before you proceed ape..so tunggu jelah apa feedback dari LHDN. But kene bagi kredit gak aaa gan dorang..very fast action..

So just wait and see but still have to follow up..bukan ape..kang lain pulak dikontranye...huhuhu..sori eh..LHDN..

From me... a good paymaster..

******************************************************************************

Assalamualaikum Encik Kharismareza,

Saya Dayana Binti Kamaruddin ingin membuat semakan dengan Tuan berkenaan dengan borang BE saya. Bersama-sama ini saya lampirkan borang BE untuk rujukan dan tindakan pihak tuan. Menurut semakan saya bersama LHDN Seremban, terdapat perbezaan dari segi legder, dan LHDN telah mengkontra lebihan saya patut dapat dengan jumlah terkurang bayar ke LHDN.

Saya mohon pencerahan dari pihak tuan. Sebarang pertanyaan amat dialu-alukan. Saya boleh dihubungi pada no. 019-3734790. Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

*********************************************************************************************************************************

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Mohon semakan dan tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih

KHARISMA REZA KAMAL   
UNIT AUDIT MEJA PENGGAJIAN | CAW. KUALA LUMPUR BANDAR | LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
Description: Description: Description: cid:image001.png@01CCE292.39E60420 TEL : 03-20593600 Ext. 130502  |  Description: Description: Description: cid:image004.jpg@01CCE292.39E60420 FAX : 03-2026 0257
)  : 1-800-88-LHDN (5436)  (Pusat Khidmat Pelanggan)

Thursday, 13 April 2017

Nasi lemak hijau


Assalamualaikum wbt
Dah makan dah korang..

Malam ni aku makan nasi lemak je kat depan musa maju kat umah aku..nasi lemak..pagi tadi pun aku makan nasi lemak jugak..malam pun makan nasi lemak jugak..tapi dua dua warna hijau. Layannn...
Aku sebenarnye nak support kakak yang jual nasi lemak ni..tabah kakak ni..aku tak tau umah dia dekat gan umah aku. Aku lorong 15 die lorong 19.

Die jual nasi lemak stat petang. Baru ni die bawak anak die naik motor. Pastu kat bakul die bawak nasi lemak..agaknye tersilap amik corner.motor die terbalik..die anak die gan nasi lemak satu tong terbalik. Emmm..

Seminggu die tak niaga..yelah tangan berbalut..pastu die stat niage..ntahlah tak sampai hati nak tengok. Aku suruh Eqy yg turun gi beli. Kekadang sampai kol 10 lebih pun masih kat situ..bersama dengan anak die..terkial2 die nak senduk nasi.. 

Tabah ye kak..sabar terima ujian ini..saya doakan akak cepat sembuh. InsyaAllah saya beli lagi nasi lemak hijau akak..tapi sambal lebih ye kak..

Semalam aku post cite pasal inai..aku tak nak inai lah. Macam mengade nak inai inai. Aku jadi insaf bile aku baca story pasal sorang bapa kat bangladesh kumpul duit 2 tahun nak belikan baju baru tuk anak die. Sedey aku baca cite bapa ni beb..asalnye dia normal. tapi satu ari bas yang dia naik tu accident..so dia hilang satu tangan. Sejak tu dia jadi pengemis tuk sara keluarga. Soo sad..dia janji nak belikan anak dia baju..tau tak bape harga baju tu..RM16.50... anak dia bukan main seronok dapat baju baru. Dia pinjam handphone jiran dia amik gambar. Dan viral seluruh dunia.

Aku sedih baca cite cite macam ni..pengorbanan ayah..sanggup ketepikan malu..tak nak anak nampak dia tadah tangan mintak belas ehsan orang..dia suruh anak dia jangan ikut. Jangan pandang dia..tapi anak dia tetap ikut dia. Sebab saya taknak ayah accident kali kedua..emmm..

Aku teringat kat abah aku..aku rase nak balik KL la...minggu ni aku balik..pastu Sabtu aku nak gi jogging..lama gile tak jogging kat tasik..


Bapa Belikan Baju Baru Anak RM16.50 Selepas 2 Tahun Menabung, Viral

11 April 2017. 12.10 PM
6,810
Berita
Bapa Belikan Baju Baru Anak RM16.50 Selepas 2 Tahun Menabung, Viral

Kisah menyayat hati keluarga di sebuah pekan di Bangladesh tentang kesungguhan seorang bapa menabung selama dua tahun demi membelikan anaknya sehelai baju menjadi viral.

Biarpun nilai baju itu cuma RM16.50 (300 taka), pengemis itu terpaksa berhempas-pulas demi merealisasikan impian anaknya itu.

Kisah itu diceritakan menerusi sekeping gambar yang dimuatnaik oleh jurugambar GMB Akash baru-baru ini di Facebook dan mendapat lebih 69,000 reaksi serta 21,000 perkongsian.

Rata-rata netizen menyuarakan rasa sayu akan nasib keluarga itu dan memohon agar dihulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka.

Berikut merupakan kisah yang diceritakan lelaki itu kepada GMB Akash:

"Semalam, saya berjaya beli sehelai baju baru untuk anak perempuan saya selepas dua tahun. Ketika saya menyerahkan 60 keping nota 5 taka kepada jurujual, dia menjerit ke arah saya bertanya sama ada saya ini seorang pengemis. Anak saya pegang tangan saya dan menangis mahu meninggalkan kedai itu sambil berkata dia tidak mahu membeli baju baru. Saya sapu air matanya dengan sebelah tangan.

"Ya, saya seorang pengemis. Sepuluh tahun lepas saya tak pernah menyangka akan meminta-minta duit dari orang. Satu malam bas terjatuh dari sebuah jambatan dan tidak sangka saya hidup. Saya masih hidup tetapi cacat. Anak lelaki bongsu saya selalu bertanya di mana saya tinggalkan tangan saya sebelah lagi. Anak perempuan saya, Sumaiya, pula selalu suapkan saya setiap hari dan berkata dia tahu betapa sukarnya buat kerja sebelah tangan.

"Selepas dua tahun (hari ini), anak perempuan saya memakai baju baru. Sebab itu saya bawa dia bermain sebentar. Mungkin saya tidak akan mendapat duit hari ni, tapi saya mahu bermain-main sebentar bersama anak kecil saya. Saya senyap-senyap meminjam telefon jiran tanpa memberitahu isteri saya. Anak perempuan saya tidak pernah bergambar dan saya mahu buat hari ini menjadi hari yang istimewa buatnya. Bila satu hari nanti saya mampu beli telefon, saya akan ambil banyak foto anak-anak saya. Saya mahu simpan semua kenangan manis.

"Sukar untuk menghantar anak saya ke sekolah, tapi saya sendiri yang mengajar mereka. Kadang-kadang mereka tidak boleh pergi mengambil ujian kerana mustahil untuk saya membayar yurannya. Ketika itu, saya akan memberitahu mereka; kadang-kadang kita boleh ponteng ujian.

"Sekarang saya akan pergi mengemis. Saya akan letakkan anak saya di satu tempat lain untuk dia menunggu saya. Saya akan tengok dia dari jauh ketika saya sedang mengemis. Saya rasa malu apabila dia melihat menadah tangan kepada orang lain. Tapi dia langsung tidak meninggalkan saya seorang diri. Kerana ada kereta-kereta besar dan khuatir kemalangan boleh berlaku dan melanggar saya hingga mati.

"Apabila saya mendapat sedikit duit, saya akan pulang ke rumah sambil memegang tangan anak saya. Kami akan pergi ke pasar dalam perjalanan rumah dan anak saya yang menolong untuk membawa beg saya. Ketika hujan, kami suka biarkan diri basah dan bercakap tentang impian kami.

"Jika tak dapat wang, saya akan pulang diam-diam. Hari itu saya rasa mahu mati tapi pada malamnya, apabila anak-anak saya tidur sambil memeluk saya, saya fikir hidup ni bukanlah teruk sangat. (Hidup) hanya teruk bila anak perempuan saya menunggu sambil tundukkan kepala dia ke bawah. Apabila saya tidak dapat lihat mata dia ketika mengemis.

"Tapi hari ni hari yang lain. Kerana hari ini anak perempuan saya sangat gembira. Hari ni bapanya bukan seorang pengemis. Hari ini, bapanya seorang raja dan ini adalah puterinya.


Tuesday, 11 April 2017

Inai

Assalamualaikum wbt..

Aku ni sebenarnya tak berapa suka nak berinai..tapi aku baru tau ade inai warna putih..warna warnilah..lambat noo teknologi sampai kat aku. Teringin pulak nak cuba. Yelah zaman aku dulu semua inai warna merah je...pastu nak buat corak2 tu..nak pulak gi kat Ampang Park buat. emm..tak kuasa aku..dahlah mahal..

Tapi hajat dihati tu teringin gak nak berinai bagai..hahaha...so aku suruh adik aku lukiskan tuk aku..asal nampak bunga raya..pastu cam ade matahari sikit..jadiklah..kelakar pun ade..bila time lukis tu..halus je..bila basuh je..awat nampak kembang je..hahaha..

Pastu tak pakai inai dah..sampailah adik bongsu aku kawin..ade orang datang buatkan inai kat umah barulah aku berinai..10 tahun gaklah aku tak berinai..dah inai tu mestilah tunjuk kat suami..Bang..cantik tak?..Emmmmmmm...emmm jee...

Kalo lah agaknye aku pakai inai warna putih ni..ape reaksi suami aku yek..emmmm..emmmm..emmmm..

Yang putih putih bolehlah pakai..yang ireng macam aku..harap sedar diri..hahaha..ireng tak ireng..nak tunggu putih tah bile..kan..

Aku teringat satu cite masa tu aku kerja main2 masa nak tunggu result. Ade kakak tu kulitnya ireng gaklah..tapi suka pakai emas..dia yang bagitau aku..akak dulu tak pakai sangat emas emas ni..akak segan..yelah kulit akak kan gelap. Tapi satu hari ade kawan akak India bagitau..pakai ajelah emas..tengok macam saya..nak tunggu kulit putih..sampai bila bila pun saya tak pakai emas. Lepas akak dengar kawan akak cakap tu..akak terus je pakai emas..emm..betul jugak tu..

Ade adik kat tempat kerja aku bagitau..Kak Dayana kalo nak inai kat uptown Jalan Reko ade..macam macam warna ade..bukan putih je..biru..hijau semua..dah pulak..nape aku hanya tau inai merah je..adui..memamg ketinggalan sungguh aku ni..

Aku pernah cakap gan adik aku..angah jom kita inai putih angah..Eee..taknaklah kak..emmm..dalam hati aku..elleh..ireng lah tu..tu yang tak nak...hahaha..


Cantikkan...


Monday, 10 April 2017

Masa

Assalamualaikum wbt

Dua minggu ni diuji dengan kesedihan..emm..sesak dada..makan hanya makan ..rase..emmm..telan ajelah..

Sedih..gembira..suka..duka..semuanye color of life..warna kehidupan..anggaplah ini adalah takdir..ujian dari Allah SWT..cuma kalo diuji sebegini..fikiran jadi buntu..blocked..orang cakap pun fikir lain..asyik2 fikir..fikir..fikir..fikir sampai biul..

Mulalah nak cari Jalan Ampang tengok lampu2..😢😢 nak balik kl..mak datang kajang..emmm...redho jelah..

Satu hari aku bangun tido..i got the energy..wake upp..gear upp..throw away your sadness..and move on..

Ini yang aku buat..
Lapang dada dan memaafkan apa yang dah terjadi..
Zikir..ye..astaqfirullahalazim..aku banyak dosa..
Senyum...dan membahagiakan orang lain..

Allah maha adil..diuji dua minggu..dan diberi rehat seminggu..alhamdulillah..

Dear all...forgive me..forgive me..and forgive me..take care uolls..and dont forget to make dua to Allah SWT..ask Him for your repent and your desires..insyaAllah..dua turns up from impossible to possible..

Nak cite ni...Saidina Husin ade seorang adik..satu hari dorang pun adelah gado adik beradik..tak bertegur sapa..

Lepas tu adik Saidina Husin datang bertemu abangnye..

ABANG..Keturunan abang keturunan yang sangat mulia..datuk abang orang yang paling mulia di muka bumi..Rasullah SAW..ibu abang Fatimah Alzahra wanita penghulu syurga..ayah abang Khalifah Ali bin Abi Talib sahabat yang disayangi oleh Rasullah...tapi saya..saya hanya orang biasa..ibu saya orang biasa...datuk saya orang biasa..hanya kita berkongsi dari ayah yang sama..cuma saya mendengar dari Rasullah..orang yang dahulu memulakan maaf adalah orang yang mulia di sisi Allah..

Saidina Husin apabila dengar adik dia cakap macam tu..terus menangis dan mohon maaf kepada adik die..adik..abang yang sepatutnya datang bertemu adik sebab datuk abang yang bersabda..

Cite ni aku dengar dari ustaz Dr.Zahazan Tanyalah Ustaz..

Adik beradik takyahlah gado2..air yang dicincang tak kan putus..kekadang tu jadi sulong ni ade egonye..tapi..mengalah bukan bererti kalah..cuma malas nak panjang2..kan..kan..duduk dalam harmoni gitu..

Tuesday, 4 April 2017

Ole ole dari Sabah

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..syukur kepada Allah..kan aku tanya ade tak orang nak gi Sabah..aku nak kirim ikan bilis mata biru..(emm..ikan bilis lagi..dah masuk part 3 dah ni)..ari ni aku dapat ole ole dari Sabah bah..aku tak tau yang opismate aku bercuti ke Sabah..ari ni die bagi...yahoo..terima kasih Intan..murah rezeki Intan...


Nak bayar die kata takpe..memang niat nak bagi..emm…jazakarallah...tak terucap dengan kata-kata..hanya mampu berkata..terima kasih ya Allah..kerana telah memakbulkan doa ku..



Kalo enlarge nampak tak yang mata ikan bilis ni biru..the blue eye..no contact lens..originality from the sea..


Ini keronsang ye..bukan subang..cantikkan...



Monday, 3 April 2017

Diam..

Assalamualaikum wbt..

Hari ni heboh pasal Dato' Vida bercerai..emm..diekan VVIP..so mesti orang nak tanya nape die bercerai..die tak nak cakap sibuk nak tanya nape..nape..dah die tak nak jawab dahlah..aku senang je..nak bagitau aku dengar..tak nak bagitau sudah..tak yah nak interfere sangat hidup orang..biarlah die bertenang..

Makcik aku pernah pesan kat aku..alah makcik aku yang cakap teknik belajar aku salah tu..aku sayang makcik aku tu..die cakap..yana..kalo ape pun yang terjadi antara pasangan kite..bile orang tanya..jangan cakap dielah..tu..tu..tu...macamlah kite ni baik benar...konon2 ape2 hal yang terjadi..sebab dielah..yang kite ni..takde wat salahlah..ahli syurgalah?

Makcik aku pesan..bile orang tanya kenapa terjadi perpisahan..cakap takde jodoh..tu jee..jangan menyalahkan mana2..jangan cite yang buruk2..memang betul setiap yang berlaku mesti yang buruk..kalo tak takdelah berpisah..tapi kite tau ini semuakan sudah tertulis..dan punca2 pun dah tertulis..pedih..sedih..luka dan terluka..tapi nak buat macam mana adakah kite ni dah mengaku beriman jika belum diuji..so kalo orang desak dan mendesak..diam jee..diam lagi baik..

Hari ni genap 21 tahun aku kenal suami aku.. 3.4.1996..waktu tu umur aku 17 tahun..ohh kami sebaya..kenal macam mana? kat 7-Eleven..7-E tu pun ade lagi sampai lani..aku kenal 1.4.1996 3.4.1996 declare..senang kan..dari kenal 1.4.1996 asyik2 tanya nak tak kapel gan die..aku fikir dua hari..3.4.1996 tu lah aku decide kapel ajelah..kalo oke..terus..tak oke..putus..tup tup jodoh sampai la ke hari ni..dah 21 tahun rupenya..

Susah senang bersama..dugaan..ujian..fuhh..banyak..hehehe..Allah tak kata hidup ini mudah tapi Allah kata Dia akan bersama dengan orang yang bersabar..betul tak..

Jodoh..itu rahsia Allah..cuma kan..kite kene doa..doa..dan terus berdoa..untuk yang terbaik..

Oke..semua..bebaik ye..jaga diri..jangan lupa solat..yang belum ganti puasa..ganti..puasa dah dekat ni hah..kan..kan..jika ade silap salah harap dimaafkan ye..lastly..semua saya sayang..ohh nape aku cakap semua saya sayang..sebab sesama manusia adalah salah kalo kite cakap cinta..even pada Rasullah SAW pun kite cakap saya sayang Rasullah..sebab cinta hanya untuk dan semata-mata yang selayaknya untuk Allah SWT sahaja..so kalo kite sayang orang kite boleh cakap saya sayang tapi jangan cakap saya cinta..biarlah cinta itu untuk Allah..pesanan dari Ustazah Dayana..eh takdelah..jauh sangat ..ini ustazah yang pesan masa kami ke Raudhah Madinah..