Thursday, 13 April 2017

Nasi lemak hijau


Assalamualaikum wbt
Dah makan dah korang..

Malam ni aku makan nasi lemak je kat depan musa maju kat umah aku..nasi lemak..pagi tadi pun aku makan nasi lemak jugak..malam pun makan nasi lemak jugak..tapi dua dua warna hijau. Layannn...
Aku sebenarnye nak support kakak yang jual nasi lemak ni..tabah kakak ni..aku tak tau umah dia dekat gan umah aku. Aku lorong 15 die lorong 19.

Die jual nasi lemak stat petang. Baru ni die bawak anak die naik motor. Pastu kat bakul die bawak nasi lemak..agaknye tersilap amik corner.motor die terbalik..die anak die gan nasi lemak satu tong terbalik. Emmm..

Seminggu die tak niaga..yelah tangan berbalut..pastu die stat niage..ntahlah tak sampai hati nak tengok. Aku suruh Eqy yg turun gi beli. Kekadang sampai kol 10 lebih pun masih kat situ..bersama dengan anak die..terkial2 die nak senduk nasi.. 

Tabah ye kak..sabar terima ujian ini..saya doakan akak cepat sembuh. InsyaAllah saya beli lagi nasi lemak hijau akak..tapi sambal lebih ye kak..

Semalam aku post cite pasal inai..aku tak nak inai lah. Macam mengade nak inai inai. Aku jadi insaf bile aku baca story pasal sorang bapa kat bangladesh kumpul duit 2 tahun nak belikan baju baru tuk anak die. Sedey aku baca cite bapa ni beb..asalnye dia normal. tapi satu ari bas yang dia naik tu accident..so dia hilang satu tangan. Sejak tu dia jadi pengemis tuk sara keluarga. Soo sad..dia janji nak belikan anak dia baju..tau tak bape harga baju tu..RM16.50... anak dia bukan main seronok dapat baju baru. Dia pinjam handphone jiran dia amik gambar. Dan viral seluruh dunia.

Aku sedih baca cite cite macam ni..pengorbanan ayah..sanggup ketepikan malu..tak nak anak nampak dia tadah tangan mintak belas ehsan orang..dia suruh anak dia jangan ikut. Jangan pandang dia..tapi anak dia tetap ikut dia. Sebab saya taknak ayah accident kali kedua..emmm..

Aku teringat kat abah aku..aku rase nak balik KL la...minggu ni aku balik..pastu Sabtu aku nak gi jogging..lama gile tak jogging kat tasik..


Bapa Belikan Baju Baru Anak RM16.50 Selepas 2 Tahun Menabung, Viral

11 April 2017. 12.10 PM
6,810
Berita
Bapa Belikan Baju Baru Anak RM16.50 Selepas 2 Tahun Menabung, Viral

Kisah menyayat hati keluarga di sebuah pekan di Bangladesh tentang kesungguhan seorang bapa menabung selama dua tahun demi membelikan anaknya sehelai baju menjadi viral.

Biarpun nilai baju itu cuma RM16.50 (300 taka), pengemis itu terpaksa berhempas-pulas demi merealisasikan impian anaknya itu.

Kisah itu diceritakan menerusi sekeping gambar yang dimuatnaik oleh jurugambar GMB Akash baru-baru ini di Facebook dan mendapat lebih 69,000 reaksi serta 21,000 perkongsian.

Rata-rata netizen menyuarakan rasa sayu akan nasib keluarga itu dan memohon agar dihulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka.

Berikut merupakan kisah yang diceritakan lelaki itu kepada GMB Akash:

"Semalam, saya berjaya beli sehelai baju baru untuk anak perempuan saya selepas dua tahun. Ketika saya menyerahkan 60 keping nota 5 taka kepada jurujual, dia menjerit ke arah saya bertanya sama ada saya ini seorang pengemis. Anak saya pegang tangan saya dan menangis mahu meninggalkan kedai itu sambil berkata dia tidak mahu membeli baju baru. Saya sapu air matanya dengan sebelah tangan.

"Ya, saya seorang pengemis. Sepuluh tahun lepas saya tak pernah menyangka akan meminta-minta duit dari orang. Satu malam bas terjatuh dari sebuah jambatan dan tidak sangka saya hidup. Saya masih hidup tetapi cacat. Anak lelaki bongsu saya selalu bertanya di mana saya tinggalkan tangan saya sebelah lagi. Anak perempuan saya, Sumaiya, pula selalu suapkan saya setiap hari dan berkata dia tahu betapa sukarnya buat kerja sebelah tangan.

"Selepas dua tahun (hari ini), anak perempuan saya memakai baju baru. Sebab itu saya bawa dia bermain sebentar. Mungkin saya tidak akan mendapat duit hari ni, tapi saya mahu bermain-main sebentar bersama anak kecil saya. Saya senyap-senyap meminjam telefon jiran tanpa memberitahu isteri saya. Anak perempuan saya tidak pernah bergambar dan saya mahu buat hari ini menjadi hari yang istimewa buatnya. Bila satu hari nanti saya mampu beli telefon, saya akan ambil banyak foto anak-anak saya. Saya mahu simpan semua kenangan manis.

"Sukar untuk menghantar anak saya ke sekolah, tapi saya sendiri yang mengajar mereka. Kadang-kadang mereka tidak boleh pergi mengambil ujian kerana mustahil untuk saya membayar yurannya. Ketika itu, saya akan memberitahu mereka; kadang-kadang kita boleh ponteng ujian.

"Sekarang saya akan pergi mengemis. Saya akan letakkan anak saya di satu tempat lain untuk dia menunggu saya. Saya akan tengok dia dari jauh ketika saya sedang mengemis. Saya rasa malu apabila dia melihat menadah tangan kepada orang lain. Tapi dia langsung tidak meninggalkan saya seorang diri. Kerana ada kereta-kereta besar dan khuatir kemalangan boleh berlaku dan melanggar saya hingga mati.

"Apabila saya mendapat sedikit duit, saya akan pulang ke rumah sambil memegang tangan anak saya. Kami akan pergi ke pasar dalam perjalanan rumah dan anak saya yang menolong untuk membawa beg saya. Ketika hujan, kami suka biarkan diri basah dan bercakap tentang impian kami.

"Jika tak dapat wang, saya akan pulang diam-diam. Hari itu saya rasa mahu mati tapi pada malamnya, apabila anak-anak saya tidur sambil memeluk saya, saya fikir hidup ni bukanlah teruk sangat. (Hidup) hanya teruk bila anak perempuan saya menunggu sambil tundukkan kepala dia ke bawah. Apabila saya tidak dapat lihat mata dia ketika mengemis.

"Tapi hari ni hari yang lain. Kerana hari ini anak perempuan saya sangat gembira. Hari ni bapanya bukan seorang pengemis. Hari ini, bapanya seorang raja dan ini adalah puterinya.


No comments:

Post a Comment