Apa kahabar semua? Mesti jawapan kita sihat..betul tak? Tapi tau tak jawapan kita ni sebenarnya menipu? Yeke kita sihat? Are sure? Macam aku selalu sebut kat Eqy..are you sure? Kita sakit tekak..tapi tak serius sangat..so kita pun bantailah cakap sihat..kita ada masalah pasangan..sakit kepala..kita pun cakap sihat..walaupun kepala dah kuar bintang..hehehe..kita lapar..tapi kawan sebut mat..ko sihat ke? kita pun cakap..sihat..padahal perut dah berdondang sayang kat dalam tu..
So..apakah jawapan torbaikk apabila orang tanya..apa khabar? jawapan yang afdal adalah ALHAMDULILLAH.....ingat inilah jawapan dipermulaan..segala syukur bagi Allah..bukan jawab..sihat alhamdulillah..kene alhamdulillah dahulu baru yang lain-lain. Boleh? Sekadar perkongsian aku ye..
Pada ari sabtu yang lepas 5.8.2017, aku gi Surau al-Falah kat Suria Residence. Lama dah aku tak gi surau ni sejak aku pindah, eventho geng-geng jiran lama ajak gi sana, aku menolak...yelah aku tak duduk kat sana lagi.aku segan nak jupe depa2..tapi yang membuatkan aku pergi ke sana sebab..ada program kat surau tu yang mana ada Imam dari Mekah datang ke surau untuk solat magrib, solat hajat dan tazkirah selepas solat.
Sebenarnya, lepas aku gi umrah kedua tahun 2015, aku teringin nak gi lagi..serius teringin..kalo korang dah gi mekah..korang taulah macam mana kerinduan tu..nantilah aku cite umrah ku ye..aku teringin nak bawak anak aku gi sana..tapi dengan status aku sekarang..mana aku nak cari mahram..betul tak..so..aku doa jelah nak pegi ke sana lagi..
Keajaiban doa..pemakbulan doa..
Allah telah menghantar Imam tu mengimamkan kepada kariah di sini..kalo kita pikir logik eh..dia Imam Mekah..walaupun bukan dari masjidilharam..tapi dia Imam dari Masjid Abas, 2km dari Masjidilharam..sudah 17 tahun menjadi Imam di Malaysia, menjadi Imam bagi pembesar2 di Malaysia, badan-badan Kerajaan..tapi macam mana boleh ditakdirkan oleh Allah SWT untuk hadir di surau Al-Falah ni..surau kecik je..yelah bukan masjid-masjid besar pun..pelikkan..Imam tu pun cakap..Imam rasa pelik juga Imam dapat datang ke Nilai..Imam tak pernah datang Nilai..
Dan yang pasti..mungkin ramai lagi yang mempunyai niat seperti aku..dan Allah telah memakbulkan doa mereka juga..Alhamdulillah..alhamdulillah..syukur pada Allah SWT..oh..nak bagitau yang Imam ni boleh cakap melayu..dan bahasa melayu Imam ni..kebaboom....sangat bagus hokeyy..so..Imam ni yang bagitau apa-apa keadaan kita bila orang tanya..sihat ke..jawapannya adalah..Alhamdulillah..banyak lagi perkongsian dari Imam..nanti aku share-share kat korang sikit demi sikit ye..
Surau Al-Falah banyak sungguh perubahan..setahun lebih tak pegi sana..time aku kuar pun tengah renovate..fuhh..cantik..ada air-cond setiap tempat, karpet cantik..warna tiffany blue koo...kena pulak dengan cat kat dinding..banyak dana surau ni..alhamdulillah dan terima kasih pada penyumbang yang sentiasa berniat untuk memberi kesenangan kepada jemaah yang mengimarahkan rumah Allah..
Kan aku ada cite pasal anak kucing aku mati kene langgar kan...
Aku sampai je kat umah..anak syiti dah ade orang kemaskan..alhamdulillah..terima ksih..hanya Allah yang dapat membalas jasa anda..
Jiran aku sorang sorang mai jupe aku bagitau pasal anak kucing mati..
Masa kejadian tu pagi..masa aku nak hanto Eqy gi sekolah..aku tak sempat nak bersihkan..so bila aku reverse kete, jiran aku kata..kak..saya sedih tengok syiti kak..dia tunggu je anak dia..emm..pastu dia cakap..kak kucing kalo dia sakit, atau dia sedih ke dia nak bagitau kat kita..oyeke..emm..
Time tu jugak syiti macam bising gan aku..aku bagi makan..syiti pandang aku..pastu mulut dia bising..syiti macam nak borak gan aku..aku pandang syiti..menitik air mata aku..aku bercakap gan syiti..syiti sedih ye..anak syiti mati?..emm..ibu minta maaf ye..ibu letih..sebab malam tu ibu tak bagi makan..mungkin syiti gan anak kuar carik makan..tengah malam tu ada kete tak nampak terlanggar anak syiti..
Apa yang aku belajar pasal syiti ni..syiti ni memang mak yang baik..dia jaga anak-anak dia..kalo aku bagi mak dia tak makan sampai anak dia makan..tu pasal aku tabur je kat simen..biar memanjang..so syiti pun makan sama..ko tak..dia tak makan..anak-anak dia je makan..
Tapi ari ni aku nampak syiti sangat garang..depan aku..aku tabur whiskis..tetiba ada kucing lain datang..pastu syiti marah..marah giler..orang kacau makanan dia..sebelum ni tak pulak dia marah sampai camtu..emm..agaknye sedap sangat kut whiskis tu..hehehe..
******************************************************************************
Zikir kucing..."Ya Rahim...Ya Rahim...Ya
Rahim..."
Bediuzzaman Said Nursi suatu hari
terlintas di fikirannya apabila melihat makhluk kecil yang bernama kucing,
kenapakah ia dikatakan makhluk yang berkat sedangkan ia tidak melakukan
pekerjaan sebagaimana haiwan lain. Kucing hanya bermain, makan dan tidur. Said
Nursi sering ditemani oleh tetamu kecil empat ekor kucing semasa dalam buangan.
Tiba-tiba pada suatu malam ketika Said Nursi di pembaringan, datang salah seekor kucing menghampiri bantalnya. Kucing itu menghampirkan mulutnya ke telinga Nursi lalu berzikir secara jelas "Ya Rahim, Ya Rahim, Ya Rahim, Ya Rahim..."
Nursi dapat merasakan seolah-oleh kucing itu sedang menjawab lintasan fikiran beliau yang merendahkan dan menghina keupayaan kelompok kucing. Nursi juga merasakan lafaz zikir "Ya Rahim...Ya Rahim..." yang keluar dari mulut kucing itu seperti suatu tamparan ke wajahnya.
Pada ketika itu terlintas pula di fikiran Nursi, "Agaknya zikir Ya Rahim...Ya Rahim... ini khusus untuk kucing yang seekor ini sahaja iaitu tidak semua kucing berzikir yang sama. Atau adakah zikir "Ya Rahim" ini sememangnya umum untuk seluruh kucing? Nursi tertanya-tanya lagi.
Nursi juga tertanya-tanya adakah zikir kucing ini hanya didengarkan kepada manusia sepertinya yang mempersoalkan dan mempertikaikan tanpa hak? Atau manusia lain yang memerhati dan mengambil perhatian juga akan mendengar zikir "Ya Rahim...Ya Rahim" ini?
Kemudian Nursi terdengar pula kucing-kucing lain mengulang-ulang zikir yang sama seperti kucing tadi "Ya Rahim...Ya Rahim... dengan nada yang berbeza-beza tingi dan rendah. Namun tidak sekuat kucing yang menghampiri telinganya tadi. Semakin lama Nursi mendengar semakin jelas ngiauan kucing-kucing itu menyebut Ya Rahim... Ya Rahim... sehingga zikir itu menjadi semakin lama semakin fasih dan penuh kesedihan tanpa keluar huruf pun.
Ketika mulutnya ditutup juga tetap melantun zikir Ya Rahim Ya Rahim dengan baik sekali. Kucing-kucing itu seperti merayu kepada Tuhannya yang bersifat al-Rahim. Itulah zikir dan munajat kucing.
Nursi menceritakan kepada saudara-saudaranya Tulab Nur, mereka juga cuba memerhatikan kucing dan mereka turut mendengar zikir Ya Rahim yang sama. Ketika itu terlintas di hati Nursi Kenapakah kucing-kucing ini berzikir dengan nada insan dan tidak berzikir dengan nada haiwan?
Nursi kemudiannya mendapat lintasan hati, kerana kucing ini haiwan yang baik, lemah lembut, halus sebagaimana anak-anak kecil. Ia hidup bercampur dan bergaul dengan manusia malah menjadi kawan. Kucing sangat memerlukan kasihan belas dan kasih sayang manusia.
Setelah kucing-kucing itu mendapat kasih sayang dan perhatian daripada tuannya, seperti ia telah mendapat makanan dan bermain ia lantas meninggalkan tuannya tanda bersyukur kepada Tuhan. Ia pergi berehat sendiri dan mengucapkan syukur kepada Tuhannya, tidak terikat kepada sebab sebagimana anjing yang tunduk kepada tuan. Sebab yang Nursi maksudkan di sini ialah manusia yang menyayanginya dan memberinya makan.
Keadaan kucing ini haruslah manusia mengambil pengajaran, supaya tidak terikat dengan sebab sebaliknya menyatakan syukur hanya kepada Tuhan.
Nursi juga menyebut tentang keberkatan kucing, ketika dalam buangan di Barla empat ekor kucing menjadi tetamunya. Keadaan beliau dalam buangan miskin dan makanan juga terhad. Selalunya roti yang sedikit akan habis dalam tempoh sekian-sekian hari, namun apabila beliau berkongsi makan dengan kucing-kucing itu, walaupun di awalnya roti itu kurang dari biasa, namun ia tetap masih banyak berbaki, berkat kucing-kucing tadi.
Lalu Nursi mengingatkan itulah kasihan belas Allah kepada makhluk lemah seperti kucing, berkat melimpah disebabkan kucing. Kalaulah haiwan pun Allah begitu kasih, apatah lagi manusia makhluk yang paling mulia. Apatah lagi sekiranya manusia itu keluarga, dan apatah lagi sekiranya keluarga yang lemah itu ibu bapa kita yang tua dan telah berkorban untuk anak-anak suatu masa dahulu. Nursi berpesan supaya kiaskan juga sekiranya di rumah kita ada anak-anak yatim, anak-anak cacat dan tidak upaya. Keberkatan akan melimpah dengan adanya makhluk lemah di dalam rumah kita.
Rujukan: Rasail Nur: Al-Kalimat 24 dan al-Maktubat 21.

lucunya pakan kucing anggora
ReplyDelete