Bab-bab agama jangan nak buat main-main..jangan nak perlekeh..bertaubat sebelum mendapat balasan. Tak takut ke die ni? Masya Allah..jangan hina agama saya..jangan hina tuhan saya..jangan hina kekasih saya..jika anda tak suka anda diam..jangan kepoh sana sini nak menunjukkan kehebatan anda..
Pernah tengok youtube bagaiman Allah kelukan lidah Presiden George Bush apabila dia berucap di dalam satu dewan dia menghina Islam..bila dia nak hina kitab al-Quran..secara tiba-tiba dia jadi gagap. Kuasa Allah SWT..
Allah sayang pada anda..bermacam macam kenyataan yang anda buat namun Allah masih memberi peluang pada anda.
Ada satu kejadian di Mesir..seorang gadis menghina Islam di dalam bas. Dengan bangga dan galak bercerita..turun sahaja dari bas dia terus dilanggar dan terbakar. Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut kaku kerana Allah terus bayar cash waktu tu juga. Adakah kita mahu Allah melakukan perkara yang sama pada kita?
Sebagai saudara seislam..dengan tegas saya nyatakan yang saya tidak akan berkompromi dalam bab agama saya yang suci ini. Kembalilah pada maha pencipta dan rendahkan diri kita yang hina ini sebagai hambaNYA..sesungguhnya tiada apa milik kite..semua ini milik Allah segala galanye
Jawi siasat Siti Kasim hina Islam
Provided by MToday News Sdn Bhd jamil-siti-kasim
KUALA LUMPUR: Tindakan yang diambil terhadap individu yang mengeluarkan
kenyataan atau melakukan perbuatan menghina serta mengelirukan mengenai
Islam tidak terhad kepada perundangan sahaja, kata Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Sebaliknya, kata
beliau, ada tindakan lain diambil institusi agama Islam seperti
mengikuti kelas agama yang dikenakan ke atas “Raja Bomoh” Ibrahim Mat
Zin oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
“Dalam konteks Siti Kasim, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telahpun ambil tindakan.
“Kertas
siasatan telah dibuka dan pihak berkenaan telah dipanggil,” katanya
sewaktu menjadi ahli panel bagi kluster agama di Konvensyen Pemerkasaan
Agenda Ummah 3.0 hari ini.
Beliau menjawab soalan peserta
berhubung tindakan diambil kerajaan terhadap individu seperti Siti Kasim
atau nama sebenarnya, Siti Zabedah Kasim yang dilaporkan kerap
mengeluarkan kenyataan menghina dan mengelirukan mengenai Islam.
No comments:
Post a Comment