Friday, 26 May 2017

Salam Ramadhan

Assalamualaikum wbt..

Besok dah start Ramadhan..InsyaAllah..arini tengok anak bulan..malam ni pengumuman..tapi rasenye konfirmlah Ramadhan besok. So malam ni dah start tarawikhlah..

Aku suka tengok live dari Mekah. InsyaAllah aku memang follow Imam-Imam ni. Dan yang paling aku suka Syeikh Maher al-Muqaili. Dia ni one of the best reciter in the world. Ingat tak yang tahun lepas ade viral pasal seorang jemaah yang kudung nak berjumpa dengan Imam ni..dialah yang dimaksudkan. Sebenarnyekan Imam-Imam Masjidilharam part time je jadi Imam. Ada yang jadi Pensyarah, Hakim dan Syeikh Maher ni guru matematik. Tapi dorang ni hebat-hebat belaka. Yelah bukan calang-calang orang boleh jadik Imam kat masjid tertua di dunia nikan. Semuanya adalah orang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi imam mengimamkan tetamu-tetamu Allah di seluruh dunia.

Aku pernah terbaca..Satu hari adalah orang kat Filipina terbukak chanel TV. Pastu dia boleh terpegunlah  mendengar Syeikh Maher tengah jadik Imam. Allah kan boleh bagi hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki. Dia masuk Islam lepas tu. Lepas tu tak taulah macam mana dia mohon untuk berjumpa dengan Syeikh Maher ni kat Mekah. Dia dapat jumpa.

Macam tu jugak aku. Aku first time dengar waktu aku duduk rumah Kajang. Terpegun beb..demi Allah dan Imam ni merupakan Imam faberet jemaah dunia sebab ketokohan dia. 

Masa aku pergi Umrah kali kedua, aku teringin nak tengok Imam ni. Tapi aku tak dapat..Allah tak izinkan. Aku tunggu jugak bila time Imam ni. aku salah timetable ke. Tapi aku dah cek kat haramain..ade..sehinggalah 3 ari aku nak balik Malaysia baru terdengar suara Imam ni. Subhanallah..tergamamnya..Allah sahaja yang tau. Untuk tahun ni korang boleh cek kat website Haramain kalo nak tau Imam yang bertugas malam bila samaada kat Mekah atau Madinah. Mostly jadual tu betul cuma kekadang tak berapa betul. Yelah kita kan manusia biasa..plan2..but The best Planner is Allah SWT..

Kepada semua...Minta maaf ye atas segala salah dan silap. Banyak benar dosa aku..terrrlalu banyak. Maafkan aku Ya Allah..kepada kawan-kawan..maafkan aku juga. Semoga kita diberi kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepada Allah. Jaga kesihatan ye, bebaik dan take care semua..

Salam ramadhan dari saya untuk anda semua...




Indahnye Masjidilharam...kita doa supaya kita dijemput oleh Allah untuk menjadi tetamuNYA...


No comments:

Post a Comment