Apabila pagi-pagi aku buka tv untuk mengikuti siaran langsung solat tarawikh dari masjidilharam..aku jadi sayu..syahdu..kerana di situlah juga aku dapat bersembahyang bertawaf mengelilingi kaabah.
Aku teringat aku duduk sendirian membaca doa-doa yang dikirim oleh kawan-kawan, saudara mara. Aku baca doa mereka satu persatu..dengan harapan orang yang dikirim dimakbulkan oleh Allah SWT..macam-macam doa yang dipohon..dan sesungguhnya aku hambaMu bersyukur kerana dapat pergi ke sana waktu muda.
Terima kasih ya Allah..kerana sudi menerima aku..walaupun Kau tahu yang hambaMu ini seorang yang lemah dan lalai. Dengan wang sekadarnya..dengan dugaan sebelum berangkat ke sana..hampir putus asa aku nak ke sana..namun jika Allah yang menjemput ke rumahNYA...siapa kita untuk menidaknya...apa juga halangan mampu ditempuhi..
Ku mohon...dan sentiasa berdoa...Jemputla aku lagi Ya Allah..menjadi tetamuMu..dan Kau izinkan mereka juga menjadi tetamuMU Ya Allah...semoga kita semua dapat menjadi tetamu NYA...pergilah ke mana pun..takkan sama dengan bumi Mekah dan Madinah..bumi yang penuh barakah..
Salam Ramadan dari saya..
No comments:
Post a Comment